Sempena cuti 3 hari ini mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang kekampung tidak kurang juga yang pergi bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat percutian samaada ke tanah tinggi, pulau-pulau, tasik-tasik ataupun ke chalet-chalet di tepi pantai. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengikuti trip-trip memancing ke laut dalam. Sesekali cuti panjang ini tentu seronok dapat juga menghilang tension ditempat kerja. Tentu perancangan awal telah dibuat di kawasan mana untuk pergi memancing, menyediakan peralatan, jenis-jenis umpan yang perlu dibawa, ikan apa yang ditarget untuk dipancing. Walau kemana anda pergi memancing rasanya adalah elok untuk anda mengenali serba sedikit spesis ikan serta habitat kehidupannya. Saya hanya akan menceritakan secara asas sahaja beberapa spesis ikan yang agak popular kepada golongan pemancing-pemancing laut dalam, sungai, tasik atau kolam berbayar.
KELAH ATAU MAHSEER RAJA SUNGAI.
Pengenalan:-
Sungai memainkan peranan yang penting kepada kehiduan manusia dan alam semesta, dimana airnya mengalir dari puncak gunung merentasi hutan rimba, bukit bakau seterusnya mengalir jernih sebelum bertemu dengan air lautan. Disebelah hulu,

Habitat:-
Kelah atau mahseer merupakan ikan yang menghuni sungai berair sejuk yang hanya dijumpai di Asia dan biasanya suka mendiami bahagian hulu sungai yang besar.dan Ia tidak gemar mendiami kawasan sungai yang tercemar juga air yang keruh dan hangat di kawasan hilir sungai yang berdekatan dengan kawasan pembangunaan. Sebaliknya memilih kawasan air berarus deras, berbatu dan dasarnya berkerikil dan berpasir halus. Biasanya ikan ini sering dijumpai dikawasan sungai tropika Asia seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan di sungai pergunungan Himalaya.
Rupa Bentuk:-
Kelah bolih digolongkan spesis ikan yang bersaiz sederhana dan besar, mempunyai
